Wednesday, December 28, 2011

Simple Banana muffin

muffin ni sgt mudah dibuat...godek-godek je dh jadi..kalo rajin kurangkan gula sikit dlm sukatan dan buat crumle kt atasnya lgi best!!! resepi ni di ilhamkan dr resepi Kak zuraini Alias..thanks a lot!!



simple banana muffin (Zuraini Alias)
2 cwn tpg
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikabonat
2-3 bj telur
1 cwn minyak
1 cwn brown sugar
2-3 bj pisang masak (lenyek)-sy selalu bubuh extra
1/2 cwn susu segar /susu cair
sedikit esen pisang

campurkan semua bahan.
baking power dan soda diayak guna penapis teh ke dalam bancuhan
kalau adunan agak caik tambah sedikit tepung naik sendiri.
masukkan aduna dlm muffin cup
bakart pada suhu 190 celcius selama 20-25 min


Monday, December 12, 2011

Durian butter sponge



Durian Butter Sponge (Alex Goh)
Bahan-bahan

A:340 gm tepung sponge mix
5 bj telur
1 sdt ovalet (sy saja-saja tambah)

B:100gm isi durian ( sy bubuh lebih)
60 gm air

C 110gm butter cair

D Butter cream

Cara-cara
Pukul A dengan kelajuan tinggi hingga pekat
tambah B dan terus putar hingga ringan dan gebu.
tambah C dan kaup balik adunan hingga rata.
Tuangkan adunan dalam loyang 4 segi 40 X 25 X 3 cm (gris dan lapikkan dengan kertas minyak)
Bakar pd 190 celcius selama 20 min

Bila kek sudah masak terus terbalikkan di atas jaring dan biarkan sejuk.
Bila sejuk,potong kek kepada dua bahagian.
setiap bahagian tadi di hiris secara melintang kepada 4 lapis (if posible..sy hanya giris kepada 2 lapsan )
sapukan butter cream pada setiap lapisan dan menjadikannya 8 lapisan (sy cuma dapat 4 )Saya juga tambah isi durian pada setiap lapisan butter cream.
Tutup seluruh kek dengan butter cream.
Sejukkan kek sebelum dipotong.





Chocolate bun




Bun recipe( Agnes Chang)

400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
1 sdt bread improver (kalau ada)
10 gm susu tepung
1 sdt garam
1 sdb yis kering
100 gm gula castor
1 bj telur
220 ml air
75 gm butter/majerin

campurkan semua bahan kecuali butter
Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan tambah butter
biarkan doh naik dua kali ganda.
Bahagikan kepada dua.
satu bahagian dibiakan kosong
satu bahagian lagi ditambah sedikit serbuk koko dan coklat emulco.

Chocolate Filling (Kak Nor)
250 gm susu cair
180 ml air suam
180 gm gula castor
60 gmkoko
60 gm tepung jagung
1 sdb tepung gandum
60 gm butter
esen vanila

Campurkan semua bhn kecuali butter dan esen vanila
kacaukan di atas api hingga pekat baru tambah butter dn esen vanila.

Ambil sedikit doh dan masukkan filling coklat dan susun di dalm loyang
Biarkan doh naik sekali ganda .
sapukan campuran telur dan air di atas roti. sapukan pd satu arah saja.(utk elakkan roti keras)
bakar selama 15-20 min pada 180 celcius
setelah masak,sapukan butter/majerin di atas roti utk mendapat roti yang berkilat.


Friday, December 9, 2011

simple choc moist cake



bahan-bahan
A
2 cwn tepung gandum
2 cwn gula halus
3/4 cwn serbuk koko
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikabonat

B
2-3 bj telur
1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air suam

Cara-cara
Ayak semua bahan A.
pukul bahan B hingga rata dengan mixer.
tambah bahan A dan pukul rata lagi.
Kukus hingga masak

Wednesday, December 7, 2011

Plain Butter Cake

Assalamualaikum..
ada masanya kita teringin sangat makan kek butter yang plain tu..macam mak-mak kita buat..kosong je..tak payah frosting2 bagai...
wangi semerbak bila baru keluar oven...makan suam-suam gitu..minum pulak air teh O..
mmmm..nikmatnya...
I selalu guna resepi ni... resepi dr chef kesayangan..Agnes Chang



Kek Butter
250 gm butter ( i used majerin daisy )
200-250 gm gula kastor
4 bj telur
1 sdt vanila
250 gm tepung naik sendiri
4 sdb susu cair

cara-cara
Pukul gula dan butter hgga rata (low speed)
pukul gula dan butter hgga ringan (gula belum hancur-medium speed.
tambah telur sebiji demi sebiji sambil adunan terus dipukul
tambah vanila
tambah tepung sedikit demi sedikit(lowest speed)
gaul rata dibahagian tepi mangkuk supaya adunan sama rata.
tambah susu.
tuang dalam acuan yng telah dilapik kertas minyak dan digris.
bakar dalamoven suhu 180 c selama 45 min

Donut versi Kak Jun

Assalamualaikum..
Blog ini diwujudkan utk share resepi2 yg telah dicuba di dapur ku..

Resepi pertama ni ialah donut..
donut ni mmg all time favourite of our family..kalo jumpa je resepi donut..mesti nk cuba...kali ni cuba resepi lain lak.
resepinya ialah dr sifu kek tersohor Kak Jun CupcakeKasih..senang je resepi ni..
tak payah timbang2...sukat cawan je....tp sukatannya sila adjust ikut keras atau lembiknya doh tersebut ye...
Mohon dihalalkan ye Kak Jun..terima kasih kerana sudi share..><






Resepi Donut & Coklat

Bahan-bahannya
Bahan A
11 g yis kering (saya suka jenama Mauripan)
1 cawan air kosong
(campurkan kedua-dua bahan ini dan biar lima minit)

Bahan B
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum
2 tbs susu tepung
1/2 tsp pelembut roti
secubit garam secukup rasa
sedikit gula aising

Bahan C
1 biji telur

Bahan D
2 tbs mentega

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan B dalam mangkuk pengadun elektrik, aduk sebati menggunakan pengaduk spiral. Kemudian buat lubang ditengah-tengah adunan tepung dan tuang bahan A dan aduk lebih kurang 3 minit.

2. Masukkan telur, aduk lagi sampai mesra, kemudian masukkan mentega dan aduk lagi sampai sebati. Betul-betul sebati (guna proses yang sama juga jika menguli dengan tangan).

3. Rehatkan doh lebih kurang lima minit. Kemudian baru canai dan terap menggunakan acuam donut.

4. Goreng donut sehingga warna bertukar coklat keemasan. Tos.