Wednesday, December 7, 2011

Donut versi Kak Jun

Assalamualaikum..
Blog ini diwujudkan utk share resepi2 yg telah dicuba di dapur ku..

Resepi pertama ni ialah donut..
donut ni mmg all time favourite of our family..kalo jumpa je resepi donut..mesti nk cuba...kali ni cuba resepi lain lak.
resepinya ialah dr sifu kek tersohor Kak Jun CupcakeKasih..senang je resepi ni..
tak payah timbang2...sukat cawan je....tp sukatannya sila adjust ikut keras atau lembiknya doh tersebut ye...
Mohon dihalalkan ye Kak Jun..terima kasih kerana sudi share..><






Resepi Donut & Coklat

Bahan-bahannya
Bahan A
11 g yis kering (saya suka jenama Mauripan)
1 cawan air kosong
(campurkan kedua-dua bahan ini dan biar lima minit)

Bahan B
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum
2 tbs susu tepung
1/2 tsp pelembut roti
secubit garam secukup rasa
sedikit gula aising

Bahan C
1 biji telur

Bahan D
2 tbs mentega

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan B dalam mangkuk pengadun elektrik, aduk sebati menggunakan pengaduk spiral. Kemudian buat lubang ditengah-tengah adunan tepung dan tuang bahan A dan aduk lebih kurang 3 minit.

2. Masukkan telur, aduk lagi sampai mesra, kemudian masukkan mentega dan aduk lagi sampai sebati. Betul-betul sebati (guna proses yang sama juga jika menguli dengan tangan).

3. Rehatkan doh lebih kurang lima minit. Kemudian baru canai dan terap menggunakan acuam donut.

4. Goreng donut sehingga warna bertukar coklat keemasan. Tos.

No comments:

Post a Comment