Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Talam Keladi

Assalamualaikum wbt...
cuban kali pertama untuk kuih talam..tp agak kurang berjaya..sbb tekstur kuih talam ni agak lembik (sepatutnya lembut..hihihi)
bukan salah resepi,tangan yang membuatnya tu yg kurang skill talam-menalam nih!!
kena cuba dan terus cuba barulah menjadi kan..

Resepi dr Buku Steamed Cakes dr Chef Zubaidah Che Pa

talam Keladi

Lapisan bawah
Bahan A
200 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan
700 ml air

Bahan B
200 gm keladi
Potong kiub,kukus 5 minit dan warnakan sikit dengan pewarna ungu

Cara-cara
1. Bancuh semua bahan A
2. Tapis dalam periuk. Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B.
3. Kacau sekejap dan tuang kedalam loyang (10X10)
4. Kukus 25 minit,api kuat,x perlu lap.

Lapisan Atas
100 gm tepung gandum
250 gm gula kaster (sy guna gula biasa)
5 bj telur (sy guna 3 bj )
200 ml santan
400 ml air
pewarna ungu
1/4 sdt garam

Bancuh semua bahan dan tapis.
Masak hingga naik wap dan tuang ke dalam loyang.
Kukus lagi 30 minit dengan api sederhana (sy lap penutup setiap 5 minit)

Wednesday, December 7, 2011

Donut versi Kak Jun

Assalamualaikum..
Blog ini diwujudkan utk share resepi2 yg telah dicuba di dapur ku..

Resepi pertama ni ialah donut..
donut ni mmg all time favourite of our family..kalo jumpa je resepi donut..mesti nk cuba...kali ni cuba resepi lain lak.
resepinya ialah dr sifu kek tersohor Kak Jun CupcakeKasih..senang je resepi ni..
tak payah timbang2...sukat cawan je....tp sukatannya sila adjust ikut keras atau lembiknya doh tersebut ye...
Mohon dihalalkan ye Kak Jun..terima kasih kerana sudi share..><






Resepi Donut & Coklat

Bahan-bahannya
Bahan A
11 g yis kering (saya suka jenama Mauripan)
1 cawan air kosong
(campurkan kedua-dua bahan ini dan biar lima minit)

Bahan B
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum
2 tbs susu tepung
1/2 tsp pelembut roti
secubit garam secukup rasa
sedikit gula aising

Bahan C
1 biji telur

Bahan D
2 tbs mentega

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan B dalam mangkuk pengadun elektrik, aduk sebati menggunakan pengaduk spiral. Kemudian buat lubang ditengah-tengah adunan tepung dan tuang bahan A dan aduk lebih kurang 3 minit.

2. Masukkan telur, aduk lagi sampai mesra, kemudian masukkan mentega dan aduk lagi sampai sebati. Betul-betul sebati (guna proses yang sama juga jika menguli dengan tangan).

3. Rehatkan doh lebih kurang lima minit. Kemudian baru canai dan terap menggunakan acuam donut.

4. Goreng donut sehingga warna bertukar coklat keemasan. Tos.